Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terenggganu, Azan Ismail berjaya mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Terengganu dalam pemilihan kepimpinan baharu parti itu hari ini.

Azan yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar menewaskan dua pencabarnya dengan meraih sebanyak 180 undi manakala Mohd. Al-Faizal Amjed (99 undi) dan Md. Shuhaimi Ismail (14 undi).

Keputusan tersebut dianggap muktamad berdasarkan kesediaan ketiga-tiga mereka menurunkan tandatangan masing-masing di dewan pemilihan di Dewan Seri Budi, Jalan Sultan Omar di sini sebentar tadi. – K! ONLINE

Leave a Reply