Pengampunan Penuh Anwar Ibrahim seperti yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V tanggal 16 Mei 2018 yang lalu. #RoyalPardon

Posted by Anwar Ibrahim on Thursday, October 4, 2018

Saya merujuk kepada Ismaweb 3 Oktober 2018 melaporkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mahu pengundi membuat pilihan bijak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober ini.

Anwar semasa di penamaan calon baru-baru ini

Takiyuddin berkata, pilihan bijak itu termasuk menolak calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa hilang kelayakan untuk bertanding berdasarkan peruntukan 48 Fasal 1(e).

Kata SU PAS itu lagi “Isunya sekarang ini, Anwar tidak diberi ‘free pardon’ tetapi hanya dibenarkan dan diberikan pembebasan serta merta kepada beliau berkuatkuasa 16 Mei 2018 setelah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduk Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad kelima atas nasihat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

The Star Online Wednesday, 3 Oct 2018 1:12 PM MYT melaporkan , Takiyuddin said the King granted Anwar a pardon under Article 42 of the Federal Constitution. “As far as we are concerned, that was to reduce his five-year jail term given to him in 2015 for sodomy.

“To our understanding, Anwar would only have been able to contest if he was given a free pardon under Article 48 (1)(e), which touches on when an individual is eligible to contest as a wakil rakyat,” he said.”

Suka saya meminta pihak-pihak berkenaan merujuk terus kepada peruntukkan Perlembagaan Persekutuan mengenai dakwaan Pas kononnya DSAI dibebaskan dibawah Article 42 dan tidak dibebaskan dibawah di bawah Article 48(1)(e) untuk melayakkan beliau bertanding di PD, sedangkan semua orang tahu bahawa DSAI telah diberi pembebasan penuh dan dianggap tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan yang semestinya melayakkan beliau bertanding di PD.

“Mari kita meneliti bersama peruntukkan Article 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang telah dirujuk oleh Takiyuddin sebagaimana berikut:-

“48. Hilang kelayakan menjadi ahli Parlimen

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perkara ini, seseorang adalah hilang kelayakan menjadi ahli mana-mana Majlis Parlimen jika-

( e) ia telah disabitkan suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan……dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun……..dan dia tidak mendapat ampun;”

(3) Hilang kelayakan seseorang dibawah perenggan ( e ) Fasal 1 boleh dibatalkan oleh Yang Dipertuan Agong dan jika sekiranya tidak dibatalkan sedemikian, hilang kelayakkan itu hendaklah terhenti pada akhir tempoh lima tahun.

Ketua Pengarah Penjara semasa membebaskan DSAI telah membaca Titah SPB YDP Agung sebagaimana berikut (boleh rujuk rakaman video) : –

“ Adalah dengan ini memerintahkan DSAI diberi pengampunan sepenuhnya dan dianggap sebagai seorang yang tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan serta diberi pembebasan sepenuhnya. Sehubungan dengan itu tak adalah urusan dokumen-dokumen sebab Dato’ Seri tak ada salah dan sebagai seorang yang merdeka”

Jika kita merujuk kepada Article 48(1)(e) diatas jelas DSAI tidak hilang kelayakan menjadi ahli Parlimen kerana beliau telah mendapat ampun.

Article 48(3) jelas memperuntukkan kepada mereka yang tidak mendapat pengampunan akan hilang kelayakkan berakhir tempoh lima tahun, namun boleh dibatalkan oleh Yang Dipertuan Agong.

Article 42 Perlembagaan Persekutuan menerangkan kuasa dan tatacara mengampun dan menangguh hukuman kesalahan yang telah dibicara doleh Mahkamah.

Suka saya memohon semua menghormati pengampunan penuh yang telah diberi oleh SPB YDP Agong kepada DSAI dan tidak mempolitikkan perkara ini.

“VIDEO PENGAMPUNAN PENUH OLEH YDP AGONG XV SULTAN MUHAMMAD V”

Leave a Reply